Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

BANTAHAN PENDUDUK LEMBAH JAYA UTARA & KAMPUNG SEKITARNYA

Pada 27 April 2019 suatu bantahan telah dilaksanakan oleh Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara sebagai mewakili penduduk-penduduk kawasan sekitar termasuk Lembah Jaya Selatan, Kampung Muhibbah, Kampung Bukit Sungai Putih, Kampung Pinggiran dan beberapa buah kampung sekitar bagi membantah jalan pintas yang ditutup oleh Pemaju Perumahan di kawasan itu. Jalan Alternatif yang menuju ke Kampung Tengah adalah juga merupakan jalan yang telah di gunakan sejak 40 tahun dulu lagi untuk ke Taman Kosas, Bukit Indah dan beberapa buah taman yang juga terletak 5 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Taman Kosas dan Bukit Indah. Dengan hanya mengambil masa kurang daripada 20 minit murid-murid dari Lembah Jaya Utara dan Selatan boleh sampai ke sekolah mereka melalui jalan alternatif itu, Tetapi setelah Jalan Alternatif itu ditutup oleh Pemaju maka murid-murid sekolah dan penduduk-penduduk yang ada urusan antara kedua-dua kawasan terpaksa menggunakan jalan yang jauh, sempi...